Thursday, 16 February 2012
Kasih Sayang
Antara anugerah Allah buat seluruh insan di muka bumi ini adalah kasih sayang. Dengan kasih sayang kita lebih menghargai segala apa yang kita miliki. Dengan kasih sayang kita mengenali hati budi.Dengan kasih sayang kita mengenal cinta.Dengan kasih sayang jua kita dapat merasa dan meikmati kasih sayang dari insan lain buat diri kita.Namun persoalannya adakah kita dapat memiliki ataupun Merasai kasih sayang itu? Di manakah harus kita cari kasih sayang? Kemanakah hala nak dituju? Adakah kasih sayang itu akan hadir dengan sediri menemui kita? Atau haruskah kita mencarinya. Sukar untuk ditafsirkan. Andainya sudah tersurat kasih sayang itu milik kita dengan mudahnya kita akan memilikinya. Namun sekiranya tidak, sebaliknya lah hal nya. Semoga kita semua akan kurniakan kasih sayang. Semoga kita semua akan saling sayang menyayangi. Hidup dengan penuh kasih sayang sungguh indah. Tak perlu kita risaukan apa apa sekiranya kita diliputi dengan kasih sayang.
Sesungguhnya, aku ingin menyayangi dan memberi kasih sayang... Insyaallah
Nukilan BDB© 15022012 1842
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment