Wednesday, 8 June 2011

Keluarga Itu Indah.. Yakinlah..

Keluarga Itu Indah, yakinilah...




T'lah terlalu lama ku tinggalkan ruang ini.. kosong, sepi tanpa sebarang kata indah.. madah.. pujangga atau sebarang kata yang sentiasa melayang di kotak fikiran ku.. seringkali akal ku kaya dengan seribu bahasa ibunda yang amat indah, lagi puitis.. hanya kerana kegagalan mengawal masa, aku tidak berkesempatan..

seringkali, kata-kata berlagu.. melayang dalam khayalan minda ku.. namun tidak dapat ku titipkan, ku tintakan.. ku layangkan..


Luahan kali ni.. ikhlas dari minda, tulus dari hati.. jujur sejujurnya dari akal fikiran.. termenung seketika merenung keindahan berkeluarga buat aku pilu.. seketika tadi, aku bersama keluarga tercinta.. Emak, pakcik, makcik, sepupu, anak buah dan adik ku terlalu indah.. aku sedar betapa berkeluarga itu indah.. betapa berkeluarga itu bermakna.. sesekali dapat bertemu dan berkumpul, berbual mesra, mengeratkan silaturahim..






Memiliki keluarga yang besar pastinya lebih mengamatkan suasana jika bertemu.. segala macam karenah, telatah yang akan kita lihat.. gossip jua satu kemestian.. aku jua tidak terlepas dari gossip tadi.. haha.. berbincang tentang agenda seluruh keluarga yang berturutan akan berlangsung tahun ini.. pasti meriah!


bermula dengan hari ini, majlis pertunangan sepupu ku di nilai.. hurmmm.. sedang berlangsung agaknya sessi perbincangan di sana.. semoga berjalan lancar.. amin..


Seterusnya, majlis perkahwinan sepupu ku yang lain pula, dua minggu dari hari ni di Ipoh, sepuluh April.. pasti meriah.. anak bongsu pakcik ku.. dan bagi sepupu yang melangsungkan pertunangannya hari ni, di saat, ini akan menamatkan zaman bujangnya pada awal bulan Jun.. dan insyaallah pertengahan bulan Jun pula, adik ku pula akan melangsungkan majlis pertunangannya.. aku berharap majlis adik aku akan berlangsung dengan sempurna.. itu doa ku buat adik ku..


Agak padat bukan.. hehe.. menjelang bulan Oktober, akan berlangsunglah majlis perkahwinan adik aku di Taiping.. aku benar-benar berharap aku dapat menjalankan tanggungjawab aku sesempurnanya sebagai kakak untuk mengindahkan hari bahagia adik ku..


Semuanya telah dibincangkan bersama seluruh ahli keluarga.. aku amat berharap segala urusan akan dipermudahkan Allah.. sempat juga aku mengabdikan hasil kerja tangan ku untuk hantaran bagi rombongan meminang sepupu ku.. touch up sedikit untuk finishing.. seronok melakukannya disamping keluarga tercinta.. meriah sangat.. usik mengusik, gurau senda.. ehh.. tiba-tiba aku pula yang menjadi bahan mereka.. alaaaaa.... biasalah! soalan bonus buat ku kan.. hehe..


Insyaallah wahai keluarga ku.. bila sampai masanya.. pasti tiba saat ku pula.. haha!


Yang pasti nyata.. keluarga itu amat penting.. janganlah sesekali kita menyisihkan keluarga..


tanpa keluarga kita akan kehilangan satu daripada nikmat di dunia ini.. bayangkan, dalam keadaan seperti ini, dengan majlis-majlis yang akan berlangsung.. kiranya tiada keluarga tentulah sukar untuk kita menjayakannya..

Hidup dengan indah bersama keluarga tercinta ku!

BDB~

No comments:

Post a Comment