Wednesday 8 June 2011

Keluarga Itu Indah.. Yakinlah..

Keluarga Itu Indah, yakinilah...




T'lah terlalu lama ku tinggalkan ruang ini.. kosong, sepi tanpa sebarang kata indah.. madah.. pujangga atau sebarang kata yang sentiasa melayang di kotak fikiran ku.. seringkali akal ku kaya dengan seribu bahasa ibunda yang amat indah, lagi puitis.. hanya kerana kegagalan mengawal masa, aku tidak berkesempatan..

seringkali, kata-kata berlagu.. melayang dalam khayalan minda ku.. namun tidak dapat ku titipkan, ku tintakan.. ku layangkan..


Luahan kali ni.. ikhlas dari minda, tulus dari hati.. jujur sejujurnya dari akal fikiran.. termenung seketika merenung keindahan berkeluarga buat aku pilu.. seketika tadi, aku bersama keluarga tercinta.. Emak, pakcik, makcik, sepupu, anak buah dan adik ku terlalu indah.. aku sedar betapa berkeluarga itu indah.. betapa berkeluarga itu bermakna.. sesekali dapat bertemu dan berkumpul, berbual mesra, mengeratkan silaturahim..






Memiliki keluarga yang besar pastinya lebih mengamatkan suasana jika bertemu.. segala macam karenah, telatah yang akan kita lihat.. gossip jua satu kemestian.. aku jua tidak terlepas dari gossip tadi.. haha.. berbincang tentang agenda seluruh keluarga yang berturutan akan berlangsung tahun ini.. pasti meriah!


bermula dengan hari ini, majlis pertunangan sepupu ku di nilai.. hurmmm.. sedang berlangsung agaknya sessi perbincangan di sana.. semoga berjalan lancar.. amin..


Seterusnya, majlis perkahwinan sepupu ku yang lain pula, dua minggu dari hari ni di Ipoh, sepuluh April.. pasti meriah.. anak bongsu pakcik ku.. dan bagi sepupu yang melangsungkan pertunangannya hari ni, di saat, ini akan menamatkan zaman bujangnya pada awal bulan Jun.. dan insyaallah pertengahan bulan Jun pula, adik ku pula akan melangsungkan majlis pertunangannya.. aku berharap majlis adik aku akan berlangsung dengan sempurna.. itu doa ku buat adik ku..


Agak padat bukan.. hehe.. menjelang bulan Oktober, akan berlangsunglah majlis perkahwinan adik aku di Taiping.. aku benar-benar berharap aku dapat menjalankan tanggungjawab aku sesempurnanya sebagai kakak untuk mengindahkan hari bahagia adik ku..


Semuanya telah dibincangkan bersama seluruh ahli keluarga.. aku amat berharap segala urusan akan dipermudahkan Allah.. sempat juga aku mengabdikan hasil kerja tangan ku untuk hantaran bagi rombongan meminang sepupu ku.. touch up sedikit untuk finishing.. seronok melakukannya disamping keluarga tercinta.. meriah sangat.. usik mengusik, gurau senda.. ehh.. tiba-tiba aku pula yang menjadi bahan mereka.. alaaaaa.... biasalah! soalan bonus buat ku kan.. hehe..


Insyaallah wahai keluarga ku.. bila sampai masanya.. pasti tiba saat ku pula.. haha!


Yang pasti nyata.. keluarga itu amat penting.. janganlah sesekali kita menyisihkan keluarga..


tanpa keluarga kita akan kehilangan satu daripada nikmat di dunia ini.. bayangkan, dalam keadaan seperti ini, dengan majlis-majlis yang akan berlangsung.. kiranya tiada keluarga tentulah sukar untuk kita menjayakannya..

Hidup dengan indah bersama keluarga tercinta ku!

BDB~

Tentang Kami..

TenTanG KaMi~





















Salam Sejahtera!
Entah kenapa tiba2 dalam otak saya berkisar tentang "kami", orang disekeliling saya. Yang sentiasa disisi saya 5 hari seminggu.. Seharian di tempat kerja membuat kita jadi tertekan, penat, gembira, sedih, marah dan segala macam rasa. Setiap manusia pasti akan merasainya. Suasana sekeliling boleh menimbulkan segala rasa itu.




Tiada siapa pun yang dapat lari dari segala rasa itu.. Namun segala rasa itulah yang sebenar2nya menghidupkan hari kita. Ia menjadikannya indah atau sebaliknya..
Dari hari Isnin hingga Jumaat, sekiranya tiada sebarang kerja luar saya pasti akan berada di pejabat bersama rakan2 setugas yang amat saya sayangi. Jabatan saya memiliki jumlah pekerja yang agak besar keseluruhannya tetapi bahagian saya hanyalah 5 campur 1. Kenapa 5 campur 1?? Ini adalah disebabkan seorang pekerja yang telah ditarik dari bahagian lain untuk membantu kami di bahahagian ini. Sebaiknya beliau dikekalkan di bahagian ini untuk membantu kami semua di sini.. Hehe..

Ternyata kami amat memerlukan antara sama lain. Sekiranya ada salah seorang yang tidak hadir bertugas, yang lain pasti akan tercari2. Merindui seseorang yang tidak bertugas pada hari itu (Ehh.. rindu ker.. Hehe..).
Seorang yang paling senior antara kami adalah seorang yang sangat baik hati (sangat betul kan?). Dia sentiasa ada sesuatu untuk kami. Tak kiralah, dari segi makanan atau kegembiraan. Dalam erti kata lain, dia amat bertanggungjawab pada kami (haaaa... ini pun sangat betul kan!). Saya amat yakin, dia amat sayang pada kami semua walaupun kami semua sangat nakal. Tetapi, kadang2 dia pun nakal jugak.. Hehe (sape setuju?).. Dan dialah yang akan menjadi tempat saya menumpang kasih & mengadu nasib. Terasa kehangatan dalam sentuhan dia. Ternyata dia memang seorang yang sangat perihatin..

Kewujudan yang seorang yang ini pula banyak membantu bila kami yang lain memerlukan sebarang info. Bolehkan saya katakan dia ini kaunter penerangan (mungkin perkataan ini agak manis ;p). Saya salah seorang yang dangat suka bertanya segala macam soalan kepada dia. Hinggakan soalan yang berkisar tentang dalaman seorang wanita ataupun soal hati, dia pasti ada jawapannya. Yang paling saya suka, apabila anak saya bertanyakan soalan dari kerja sekolahnya & saya tiada jawapan, maka dialah orang yang akan saya rujuk, dan semestinya saya akan mendapat jawapan itu darinya. Dia juga seorang yang sangat pemurah, tak kiralah dari segi apa pun. Saya memang sangat terhutang budi padanya..

Teman sepejabat saya yang campur 1 pula sangat chomel. Dia seorang yang penyayang (saya agak la, betul ker?) Dia juga seorang yang baik hati. Tetapi agak garang. Dia memiliki aura untuk mengembirakan orang lain. Dia juga adalah teman seperjalanan saya sekiranya saya ingin berjalan ke tingkat bawah untuk satu tujuan yang kami sama2 suka lakukan. Kalau dia tiada saya akan keseorangan. Hurmmmm... buat saya jadi malas lah untuk berjalan. Yang pasti, saya sangat sayang dia.. (Dia sayang saya tak?) Keakraban kami lebih terserlah selama dia berada di pejabat saya. Tugas dia sebagai campur 1, mengundang kegembiraan buat kami semua..

Keceriaan, kegirangan, kehangatan, kegamatan, kegeraman & segala macam ke lah, pasti ada sekiranya yang seorang lagi ni ada di pejabat. Kalau dia tiada, kami akan rasa lega, tapi kami mesti terdengar2 suara dia (macam her spirit ada jer di pejabat, hahahaha).

Dia seorang yang sangat garang (konon la..), suka tanya banyak soalan. Soalan dia plak, kadang2 memang buat kami sakit hati, bengang & nak ketawa tergolek2 pun ada. Sampai jadi malas nak melayan karenah dia, memang saya sangat malas melayan dia ada ketikanya. Tapi dia juga baik hati, dan kekadang hilang baik hati dia kalau perkara itu sememangnya dia tak suka. Dia sangat memilih dalam segala hal. Dia tak suka itu, dia tak suka ini. Memang letih la nak layan karenah dia. Saya cuba membayangkan bagaimana seorang yang paling rapat dengan dia memenuhi segala kehendak dia, keinginan dia, kemahuan dia. Dia dengan citarasanya yang agak tinggi. Semuanya harus mengikut apa yang dia mahu. Kalau makan tengah hari bersama dia, kami pasti akan mendengar seribu satu macam rungutan, sungutan & aduan. Ada sahaja yang tidak kena di mata dia. Namun disebalik segala macam karenah yang dia tonjolkan di pejabat, dia adalah teman yang baik & mengambil berat..

Haaa... yang ini adalah yang paling teratas dalam hiraki kami di pejabat ini. Seorang yang sangat sempoi. Saya suka berkerja dengan dia walaupun kekadang dia amat mendesak (hanya yang tahu akan paham). Tentang dia tak dapat saya rungkaikan lebih2. Simpan jer lah. Kerana kami semua amat mengenali dia..

Tentang kami ini semua adalah kegembiraan buat saya. Kesedihan saya pasti berlalu bersama 'kami' ini semua. Bila saya berduka pasti ada yang memahami & mengembirakan. Sesungguhnya dalam kehidupan ini sememangnya teman adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh setiap insan.





Life & Love

LiFe & LoVe


Everyone dreams about a wonderfull life.

Everyone wish to have a luxury leisure.

Everyone want to live happily ever after..

And i, all i want is to live my life with smiles, with cheers, with love..

I wanna have a bright shine in my life.. I want to run away from the darkness..

I just want a simple life but complete with LOVE..

I wanna truly love someone & i want same thing in return.

I want to be loved. The heart with loves is always young.

I just love who am i, where i am, and love what i do.

Even tho' im not satisfied with i have now,

but i'm blessed with all the gift..









Thru the day by day.. I'm learning what is the meaning of LIFE & LOVE..


Live every moment to the fullest, dont even waste a single second by bein sad, bored or lonely.

Get out there! Dance and sing as if no one around. Coz' we never know how much longer we have

to do so. Just enjoy your life which is fully sure full of lots of fun. Its just a matter of you find your

way to really enjoy your life..








We are what we want to be...

D start..



phew!..


for the beginning...
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Good afternoon!
Its has been long time ago i wanted to bloggin..
But i just have no time or no mood or no right time or right mood..
I love writing.. & i just write whateva buzzin in my head..
So i decide to start a new chapter in my life by bloggin..
Afterall i found out its quite interesting to read others blog especially
blog of people arround me..
A kind of method to release all the unwanted 'dust' i have in my mind..
CooL! ;) Would love to bloggin as much as i can if i have the chance..
Nothing much for the start.. So guys, will have my upcoming post soon ya!
BDB~

Saturday 4 June 2011

All About Me... Cherita Tentang Aku..: Im back...

All About Me... Cherita Tentang Aku..: Im back...: "Hurmmmmm... Creating this new blog as my old blog gone missing.... Why? Just dont know.. Tapi its ok la.. I can start new kan.. Will write ..."

Im back...

Hurmmmmm... Creating this new blog as my old blog gone missing.... Why? Just dont know..
Tapi its ok la.. I can start new kan.. Will write about everything, anything..

See you again....